Mauro Zarate mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan ligamen lutut ketika Watford seri 1-1 dengan West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

Bekas penyerang The Hammers itu mempamerkan aksi berkualiti pada awal permainan hingga mendapatkan sepakan penalti untuk disempurnakan oleh Troy Deeney.

Bagaimanapun, Zarate mengalami kecederaan sebelum separuh masa pertama berakhir dan terpaksa diusung keluar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dan dia telah mengesahkan mengenai kecederaan yang dialaminya menerusi laman sosialnya.

"Terima kasih di atas mesej yang diberikan kepada saya," katanya.

"Dukacita saya terpaksa mengumumkan bahawa saya mengalami kecederaan ligamen di bahagian lutut.

"Saya akan cuba pulih dalam kadar segera untuk kembali beraksi di atas padang."

????⚽️❤

A post shared by Mauro Zarate ???? (@maurozarate20) on


Zarate membuat penampilan ketiganya buat Watford selepas menyertai pasukan pada Januari lalu dari Fiorentina.