SOUTHAMPTON 1 CRYSTAL PALACE 1

Penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha, memohon maaf kerana mengutip kad merah ketika pasukannya seri 1-1 dengan Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.


Zaha memberikan Palace gol pendahuluan dalam babak pertama di St Mary, namun dibuang padang pada lewat permainan berikutan dilayangkan dua kad kuning kdua dalam tempoh seminit yang menyaksikan James Ward-Prowse terlebih dahulu menyamakan kedudukan.

Pemain Ivory Coast itu mengasari Ward-Prowse untuk menerima amaran awal sebelum tindakannya menyindir pengadil, Andre Marriner, dengan menepuk tangan membawa kepada insiden layangan kad kuning keduanya.

Zaha, 26, memohon maaf sejurus tamat perlawanan itu dengan Palace hanya berkelebihan empat mata dijurangkan daripada zon penyingkiran.

"Apa yang saya boleh lakukan ialah memohon maaf kepada pasukan dan peminat atas kad merah malam ini kerana saya boleh mengundang masalah kepada kami hari ini," tulisnya di Twitter.

"Apa yang pasti, saya akan belajar daripada itu."

Pengurus Palace, Roy Hodgson, kecewa dengan kad merah berkenaan sambil menjelaskan Marriner tiada pilihan melainkan memberikan kad kuning kedua kepada Zaha.

"Ia sesuatu yang mengecewakan apabila pemain yang mungkin boleh mencetuskan beberapa gerakan terbaik sepanjang 90 minit melalui persembahan konsistennya mencemari perlawanan dan gagal membendung kekecewaannya terhadap kekasaran konsisten yang dilakukannya," katanya.

"Melancarkan protes atas kekasaran yang anda lakukan sepatutnya tidak terjadi, kemudian dia menyindir pula keputusan pengadil yang mendorong kepada kad kuning keduanya.

"Di bawah peraturan dan arahan perlawanan, pengadil tidak mempunyai pilihan selain mengarahkan Zaha untuk meninggalkan padang.

"Jadi, kami tidak boleh bercakap banyak mengenainya."