Pemain sayap Crystal Palace, Wilfried Zaha, didenda oleh Persatuan Bolasepak England (FA) selepas reaksi yang ditunjukkannya ketika dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Southampton kelmarin.

Zaha diarah keluar padang pada penghujung permainan ketika Palace seri 1-1 di Stadium St Mary's selepas membuka jaringan buat The Eagles sebelum tamat separuh masa pertama.

Bekas bintang Manchester United itu bertembung dengan pemain tengah The Saints, James Ward-Prowse, untuk dilayangkan amaran pertama sebelum diarah keluar padang kerana bertepuk tangan di atas keputusan yang pengadil perlawanan, Andre Marriner.

Zaha terus memberikan reaksi yang tidak senang apabila dia dilayangkan kad merah dan tonggak Palace itu telah didenda oleh FA yang mendakwa, "tingkah lakunya dalam separuh masa kedua selepas diarah keluar padang adalah tidak wajar."

Zaha, yang telah memohon maaf di atas insiden tersebut menerusi laman Twitter selepas tamat perlawanan itu, memiliki masa sehingga 5 Februari ini untuk memberikan respons terhadap hukuman tersebut.