Georginio Wijnaldum menggesa Liverpool untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Spartak Moscow, Quincy Promes, ketika jendela perpindahan Januari dibuka.

Liverpool telah dikaitkan dengan pemain kebangsaan Belanda itu beberapa minggu ini selepas Jurgen Klopp mencari ruang untuk mempertingkatkan mutu pasukan kendaliannya.

Dan Wijnaldum berasakan rakan sepasukannya memiliki kualiti yang diperlukan untuk beraksi di Anfield bagi menghadapi cabaran separuh kedua musim 2016-17.

"Saya berpendapat Promes mengetahui kehebatan Liverpool kerana saya mengetahuinya sebelum saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke sini," ujar Wijnaldum.

"Saya mahu dia menyertai Liverpool kerana mengetahui dia merupakan pemain yang berkualiti dan mampu membantu pasukan.

Liverpool mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua selepas menewaskan Manchester City 1-0 -- ketinggalan enam mata kepada pendahulu liga, Chelsea dalam persebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Kami perlu meneruskan momentum ini untuk terus mengejar Chelsea, kami harus memenangi setiap perlawanan akan datang."