Wijnaldum akui Liverpool kecewa dipaksa berkongsi mata dengan Chelsea

By Dom Farrell 31 January 2017 84
Wijnaldum akui Liverpool kecewa dipaksa berkongsi mata dengan Chelsea
LIVERPOOL 1 CHELSEA 1

Penjaring gol buat Liverpool, Georginio Wijnaldum, mengakui keputusan 1-1 yang dirakamkan ketika berdepan Chelsea di Anfield awal pagi tadi adalah mengecewakan. 


Anak buah Jurgen Klopp menamatkan bulan Januari ini tanpa kemenangan, 10 mata di belakang The Blues untuk menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Wijnaldum memadamkan gol pembukaan David Luiz menerusi sepakan percuma pada babak pertama. 

Penjaga gol, Simon Mignolet, bertindak cemerlang untuk menyelamatkan satu mata apabila dia menepis keluar sepakan penalti Diego Costa. 

Sebaliknyanya, tonggak antarabangsa Belanda itu berpendapat dari segi keseimbangan permainan, mereka berhak berkongsi mata. 

"Kami memulakan permainan dengan cukup baik. Kami begitu mantap dan menguasai kawasan mereka," kata pemain tengah itu kepada BT Sport. 

"Peluang terbaik mereka adalah menerusi sepakan percuma. Kami agak kecewa mengenainnya, anda boleh lihat reaksi kami. 

"Kami meneruskan rentak yang sama dalam separuh masa kedua. Kami berhasil mendapatkan gol dan bernasib baik Simon berjaya menyelamatkan sepakan penalti. 

"Ia satu mata berharga tapi saya agak kecewa dan begitu juga rakan sepasukan kerana kami patut mencipta kemenangan hari ini."

Mignolet meraih pujian di atas tindakan cemerlang di bahagian pertahanan tetapi gawang mereka dibolosi susulan tindakan pantas Luiz yang memberi reaksi pantas terhadap wisel yang ditiupkan Mark Clattenburg untuk menyudahkan peluang yang terhidang. 

"Saya tidak mendengar tiupan wisel dan dia menyepak awal dan sukar menerimanya," katanya. 

"Ia juga sepakan percuma yang menarik, tapi kami berharap berpeluang untuk menyelamatkannya."

Ujian getir terus menanti Liverpool apabila bakal berdepan Tottenham Hotspur, Arsenal dan Manchester City untuk jadual enam perlawanan berikutnya. 

Begitupun, Mignolet tetap yakin mereka mampu mengubah nasib mereka memandangkan saingan merebut piala bukan lagi menjadi tumpuan.

"Kami fokus kepada saingan EPL dan kami mahu memberi cabaran sehingga hari terakhir. 

"Kami akan mengharungi perlawanan besar, kami sudah tidak sabar untuk menghadapinya. 

"Hari ini, kami memperlihatkan bahawa kami adalah sebuah pasukan mantap dan akan terus dengan aksi sebegini."

About Author

Dom Farrell

Comment