David Moyes tidak mahu West Ham bergantung kepada keputusan aksi lain untuk memastikan mereka kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Hammers meraih kemenangan 3-0 ke atas Southampton minggu lalu tetapi masih lagi ketinggalan lima mata dan bakal berdepan Chelsea, Arsenal, Manchester City dan Manchester United sebelum tamat musim ini.

Moyes menggesa West Ham untuk berusaha mendapatkan keputusan yang diinginkan bagi memastikan mereka kekal dalam saingan EPL.

"Kami perlu mengawal nasib kami sendiri dan tidak bergantung kepada keputusan perlawanan lain," kata Moyes.

"Kami berdepan Stoke City, kemudian Manchester City, Manchester United dan Everton di laman sendiri. Saya berharap setiap individu di belakang kelab ini mengambil peranan mereka untuk membantu pasukan," katanya.

West Ham bakal menamatkan saingan musim ini tanpa kelibat Michail Antonio kerana baru sahaja menjalani pembedahan otot hamstring.

"Antonio direhatkan hingga penghujung musim ini dan kami mahu membuat persiapan bagi menghadapi musim akan datang. Kelibatnya amat dirindui oleh pasukan," ujarnya lagi.