West Ham dikhabarkan telah membuat bidaan sebanyak GBP20 juta (RM110 juta) bagi mendapatkan khidmat seorang pemain yang beraksi di Scotland, dengan laporan mengatakan pemain itu merupakan penyerang Celtic, Moussa Dembele.

Dalam sebuah artikel bertajuk "The Insider" yang dimuat naik ke laman sesawang kelab itu, seorang penulis mendakwa bidaan itu semakin menghampiri rekod pembelian kelab itu.

Celtic memberitahu Omnisport pada Khamis bahawa mereka tidak menerima sebarang tawaran setakat ini.

Dembele telah menjadi antara tonggak utama dalam Liga Perdana Scotland musim ini dengan 19 gol daripada 36 penampilan.

Lima daripada gol tersebut hadir ketika berdepan Rangers dan pengendali, Brendan Rodgers, menegaskan bahawa Celtic tidak akan menjual pemain berusia 20 tahun itu.

Ketika sesi sidang media menjelang aksi Piala FA berdepan Manchester City, pengendali West Ham, Slaven Bilic, enggan memberi komen terhadap apa yang berlaku.

Bagaiamanapun, Bilic tidak berselindung terhadap minatnya untuk mendapatkan Jermain Defoe (Sunderland) dan Scott Hogan (Brentford).