Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menyifatkan Theo Walcott "seorang pemain yang berbeza" selepas penyerang itu meneruskan permulaan yang baik musim ini.

Walcott meledak gol ketiga dalam aksi Liga Perdana ketika membantu Arsenal menang 3-0 ke atas Chelsea, semalam.

Pemain kebangsaan England itu diberikan pujian oleh pengurus Arsenal selepas berjaya meraih kemenangan ke atas seteru dari London itu sejak Oktober 2011.

"Anda tidak boleh mempersoalkan prestasinya," kata Wenger.

"Tetapi saya percaya masih banyak lagi perlu Walcott tingkatkan untuk musim ini. Dia sudah bersedia untuk bersaing dan mencari jaringan.

Alexis Sanchez dan Mesut Ozil juga berjaya mencetak gol dalam separuh masa pertama di Stadium Emirates.