Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menyeru pengadil agar tidak bertugas seperti pada "zaman kegelapan".

Wenger menghadapi hukuman penggantungan atas dakwaan salah laku oleh Persatuan Bolasepak (FA) England ketika seri 1-1 dengan West Brom, hujung minggu lalu.

Pengurus berbangsa Perancis itu mendakwa dia semakin letih dengan pendekatan pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL) mengenai soal melengahkan masa.

"Kadang-kala saya bercakap kepada pengadil keempat apabila penjaga gawang mula membuang masa setelah lima minit.

"Penyokong membayar banyak wang untuk menonton bola sepak, anda bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran permainan di atas padang.

"Pamerkan persembahan seperti yang kami lakukan, mereka tidak akan menjadi bintang, "kata Wenger.

"Ini tahun 2018 untuk pengadil memanggil pemain dan bercakap kepadanya selama setengah minit atau seminit.

"Itu pendekatan tahun 1950-an apabila pengadil bercakap kepada pemain dengan berkata, 'Jika anda tidak berkelakuan baik, saya mungkin menghukum anda.' Marilah kita tidak membuang masa, ini bukan rentak permainan moden.

"Orang mahukan permainan yang menarik, pantas dan pengadil haruslah memastikan ia berlaku. Kita bukan lagi hidup dalam zaman kegelapan," hujahnya.

Wenger percaya pengenalan video bantuan pengadil (VAR) -- yang diperkenalkan dalam Serie A dan Bundesliga -- adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, pengurus berusia 68 tahun itu berasakan sistem permainan perlu lebih pantas sambil menganggap tindakan pengadil pergi ke tepi padang untuk tujuan analisis VAR bukanlah cara yang tepat.

"Ia tidak dapat dielakkan kerana pengadil boleh mendapatkan pertolongan dan menjadi lebih cekap -- dan dia boleh mengambil sedikit masa untuk membuat keputusan, bertentangan dengan apa yang dikatakan orang ramai," kata Wenger.

"Sudah tentu jika boleh, saya ingin mengatakan kepada pengadil, 'tinggalkan sahaja (teknologi VAR itu) di rumah'. Itu membawa makna, 'Saya hanya mahu mereka membuat setiap keputusan. Menjadi bos'.

"Ia tidaklah serius dan bukan cara kita mahu melihat permainan ini. Jika seseorang di atas sana lebih cepat boleh menyalurkan maklumat keputusan kepada pengadil, 'teruskan permainan, biarkanlah', itu yang kita mahukan.

"Bukannya pengadil perlu berjalan ke tepi padang untuk menonton skrin dan orang yang bertugas di atas sana pula hanya menunggu sehingga pengadil membuat keputusan,.

"Itu bukan seperti apa yang kita mahukan. Jika dengan cara itu, saya sendiri menentangnya."