Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berkata dirinya tetap komited untuk The Gunners dan tidak bercadang untuk meninggalkan pasukan itu sebelum kontraknya tamat pada 2019.

Menjelang pertemuan dengan Bournemouth esok, Wenger berada dalam keadaan tertekan kerana Arsenal kini menduduki tangga keenam liga dan dibezakan lima mata dengan kelompok empat terbaik.

Pengurus berusia 68 tahun itu menandatangani kontrak baru tahun lalu dan menegaskan dia tetap akan menunggu sehingga kontraknya tamat.

"Adakah saya pernah pergi? Tidak. Saya tidak perlu berubah dan sentiasa komited," kata Wenger.

"Saya telah berada di sini selama 21 tahun. Setiap langkah yang saya lakukan di sini adalah untuk kebaikan pasukan.

"Jika saya kekal selama setahun atau 10 tahun, ia tetap sama. Tidak kira saya atau orang lain yang mengendalikan kelab, anda hanya boleh cuba melakukan apa yang terbaik buat kelab.

"Tiada apa yang perlu dilakukan dengan situasi peribadi saya," tambahnya.

Wenger telah menguruskan Arsenal sejak 1996, memenangi tiga gelaran liga dan tujuh Piala FA.