Wenger hadapi tuduhan salah laku FA

By Nicholas McGee 23 January 2017 82
 Wenger hadapi tuduhan salah laku FA
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berdepan tuduhan salah laku selepas berbalah dengan pengadil keempat dalam terowong pemain ketika menentang Burnley, Ahad lalu.

Wenger diarah meninggalkan bangku simpanan pada masa kecederaan dalam kemenangan 2-1 mereka di Stadium Emirates itu selepas mempertikai keputusan pengadil, Jon Moss, yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pelawat pada minit ke-93 untuk Andre Gray mengikat kedudukan. 

Insiden itu disusuli perbalahan Wenger dengan pegawai keempat perlawanan, Anthony Taylor, sebelum dia diarah meninggalkan padang. 

Pengurus Perancis itu dilihat menolak Taylor yang cuba mengiringinya keluar sehingga memaksa anggota keselamatan stadium untuk campur tangan. 

Alexis Sanchez memastikan Arsenal memungut tiga mata, juga melalui sepakan penalti, pada minit ke-93. 

Namun, Wenger perlu berdepan dengan ahli jawatankuasa disiplin berhubung sikapnya itu. 

Persatuan Bola Sepak (FA) England dalam kenyataannya berkata," Pada sekitar minit ke-92, dia (Wenger) telah menggunakan bahasa tidak wajar terhadap pegawai keempat perlawanan. 

"Ia berlaku selepas dia diusir daripada kawasan teknikal, tingkah lakunya di kawasan terowong dan membuat hubungan fizikal terhadap pegawai keempat yang menjurus kepada kelakuan tidak wajar."
 

About Author

Nicholas McGee

Comment