Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, bersedia untuk menunggu sehingga tamat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.

Kontrak pengendali dari Perancis itu akan tamat pada 2017, selepas tiba di Arsenal 20 tahun lalu.

Wenger, yang tidak tergesa-gesa untuk memperbaharui kontraknya, berkata dia bersedia untuk menamatkan saingan liga musim ini sebelum memikirkan mengenai kontraknya.

"Seperti yang saya beritahu, saya akan membuat penilaian mengenai diri saya pada musim bunga dan saya akan membuat keputusan selepas itu," katanya.

"Kelab juga bebas untuk membuat keputusan. Mengendalikan pasukan ini dalam satu tempoh yang panjang tidak bermakna saya memiliki di dalam kelab ini."

Wenger telah membantu Arsenal memenangi sembilan gelaran utama tetapi kali terakhir mereka memenangi EPL ialah pada tahun 2004.

Arsenal telah tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Everton dan Manchester City dan ketinggalan sembilan mata kepada pendahulu liga, Chelsea.