BOURNEMOUTH 3 ARSENAL 3

Arsene Wenger sekali lagi mempersoalkan jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Arsenal dipaksa bekerja keras untuk seri 3-3 dengan Bournemouth, awal pagi tadi.


Jaringan daripada Alexis Sanchez, Lucas Perez dan Olivier Giroud pada penghujung perlawanan menyaksikan The Gunners bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk meraih satu mata di Stadium Vitality.

Keputusan itu mengakhiri dua kekalahan berturut-turut mereka di tempat lawan dan bermakna Chelsea mungkin memiliki kelebihan 11 mata jika berjaya menghasilkan kemenangan ke atas Tottenham manakala kemenangan buat Spurs akan membenarkan mereka mengatasi Arsenal untuk menduduki tangga keempat.

Wenger yang tidak senang hati dengan kepadatan jadual EPL, mengkritik keputusan yang memaksa pasukannya berehat selama sehari sebelum berdepan skuad kendalian Eddie Howe.

"Kami memiliki kesukaran pada awal permainan. Mereka memulakan perlawanan dengan pantas," katanya.

"Bournemouth berhak diberikan pujian tetapi kekurangan buat kami adalah beraksi dengan pasukan yang telah berehat selama tiga setengah hari.

"Saya berpendapat mereka adalah pasukan yang kuat, mereka memiliki kualiti, sangat berbahaya dan setiap pemain memberikan komitmen yang tinggi.

"Terdapat beberapa pemain yang menghadapi masalah pada separuh masa pertama, saya segera mencari jalan penyelesaian untuk kami meneruskan aksi pada separuh masa kedua. Kebangkitan yang dipamerkan oleh pemain-pemain harus diberikan pujian.

"Ya, kami kehilangan dua mata. Kami perlu beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan akan datang dan berharap pasukan lain juga akan kehilangan mata dalam perlawanan akan datang."