Anda tertarik dengan hadiah seperti gambar di atas? Bersedialah!

Hari ini, kita agak bertuah kerana berpeluang mewawancara saudara Syahrul Nellis. Beliau berjaya mengumpul sebanyak mata untuk perlawanan Middlesbrough v Manchester United. dan meraih tempat pertama global pada minggu pertama Ballr dilancarkan secara rasmi!

Diharap kata-kata beliau menjadi inspirasi untuk peserta memenangi hadiah-hadiah seterusnya!

1. Tentang pengalaman menggunakan app Ballr:

Sebelum itu saya mengucapkan terima kasih kepada Azmin dan Fantasy Football atas temu ramah ini. Jujur saya katakan, pada mulanya saya tidak memahami bagaimana menggunakan app Ballr sebab saya baru install sehari sebelum perlawanan Middlesbrough vs Manchester United (MU) bermula. Selepas install tiada masa untuk ‘explore’. Tetapi mujur perkongsian artikel Stadium Astro di wall Facebook Stadium Astro tempohari banyak memberi input dan pemahaman kepada saya. Kini saya telah berjaya memahami app dan ianya memang mudah digunakan.

2. Adakah anda bermain Ballr untuk perlawanan lain sebelum perlawanan Manchester United? Jika ya, apakah anda pelajari dan digunakan untuk melawan Manchester United?

Yup…bak kata orang tua-tua, ‘practice makes perfect’. Seperti yang saya katakan tadi, saya agak keliru dengan app Ballr pada mulanya sebab sudah terbiasa dengan sistem fantasy manager yang orthodox. Jadi saya memilih perlawanan Arsenal vs WBA untuk uji kaji saya. Ternyata uji kaji saya gagal dan kemudian saya teruskan uji kaji dalam game Everton vs Hull. Untuk game MU saya akui maklumat dari kedua game tadi tidak mencukupi, dan saya hanya mengganggap game Boro vs MU masih lagi merupakan satu learning process untuk mendapatkan ‘the golden step’ untuk game seterusnya tapi nampaknya tuah bersama saya.

3. Siapakah pemain pertama yang anda pilih untuk slot pertama dan mengapa

Saya memilih Antonio Valencia…sebenarnya nak differential selain nasihat saudara mara dan kawan-kawan khususnya dari pasukan Premier Elite seperti Paddy, Jie Nie, Andy, James, Ashraf dan Nicholas.

4. Apakah strategi anda untuk pemain Slot 9 dan 18?

Dalam game MU, pada separuh masa pertama saya memilih De Gea sebagai pemain slot 9 dan separuh masa kedua saya memilih Antonio Valencia sebagai pemain slot 18. Pada separuh masa kedua saya meletakkan Antonio Valencia untuk slot akhir selepas kecewa dia tidak bermain baik pada separuh masa pertama. Jujur saya katakan pemilihan mereka adalah last resort decision. Jadi untuk slot terakhir ini, saya hanya memilih antara yang tinggal pemain yang lebih menyerang atau pun lebih bertahan bagi meraih mata yang tinggi.

5. Apakah perkara pertama yang anda lakukan apabila mengetahui yang anda telah memenangi hadiah utama?

Sebenarnya saya terkejut dan tidak menjangka akan memenangi hadiah global dan berfikir hanya akan memenangi hadiah jersey MU. Jadi saya hanya membuat persediaan untuk menanti perlawanan seterusnya antara Manchester City melawan Liverpool yang turut menyediakan hadiah jersey.

6. Apakah nasihat lain yang anda ingin memberi kepada kawan-kawan lain?

Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang fantasy football manager, saya rasa mereka tiada masalah untuk memahami Ballr. Cuma mungkin mengambil masa sedikit untuk memahami sistem pemilihan pemain dan permakahannya.

Bagi saya cara terbaik untuk anda bermain Ballr dan inshaAllah boleh memenanginya adalah dengan mengikuti perlawanan sebenar. Ini bukan sahaja memudahkan kita memilih pemain yang perform apabila slot dibuka tetapi untuk merancang untuk slot-slot lain.

Juga berdasarkan kemenangan tempoh hari, saya rasa semasa menonton sambil bermain Ballr elok kiranya ada saudara atau kawan-kawan bersama. Ini membolehkan kita bertukar-tukar pendapat disamping mendapat idea untuk pemilihan pemain. Selain itu tips yang dikongsikan dari Stadium Astro juga patut difahami dan diamalkan.


Itu sahaja dari pemenang kita, saudara Syahrul Nellis. Selamat berjuang untuk semua pemain Ballr di Malaysia untuk minggu kedua ini!