Watford tandatangani pemain sasaran United, Chelsea

By Staff Writer 9 August 2017 205
Watford tandatangani pemain sasaran United, Chelsea
Watford mengesahkan mereka telah menandantangani penyerang dari Fluminense, Richarlison, dengan kontrak selama lima tahun.

Pemain kebangsaan Brazil bawah 20 tahun itu telah dikaitkan dengan Manchester United dan Chelsea sebelum tiba di Vicarage Road dengan perpindahan yang bernilai GBP11.2 juta (RM62 juta).

Richarlison adalah pemain terbaru yang telah dibawa masuk oleh pengendali pasukan, Marco Silva, selepas Will Hughes, Nathaniel Chalobah dan Tom Cleverley.

Pemain tu telah menjaringkan 19 gol dalam 67 penampilan bersama bekas kelabnya.

Watford akan memulakan kempen Liga Perdana di laman sendiri berdepan Liverpool pada Sabtu ini.

About Author

Staff Writer

Comment