Wang bukan segala-galanya -- Alves

By Staff Writer 28 June 2017
Wang bukan segala-galanya -- Alves
Dani Alves menegaskan "wang bukan segala-galanya" apabila mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Juventus bagi menyertai Manchester City.

Ketua Pegawai Eksekutif Juve, Giuseppe Marotta, minggu lalu mengumumkan kelab itu telah menamatkan kontrak Alves meksipun masih berbaki satu musim, sekaligus mengesahkan pemain itu bakal berhijrah.

Pemain berusia 34 tahun itu bakal disatukan kembali dengan bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola.

Selepas gagal meraih 'treble' ekoran tewas kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah, Alves mengucapkan selamat tinggal kepada Juve.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Juve, terutama dalam tempoh setahun ini. Terima kasih kepada rakan sepasukan yang menerima saya," Alves memuat naik kenyataan tersebut di laman sosial Instagram miliknya.

"Saya mahu memohon maaf kepada penyokong sekiranya senario ini menyakiti hati mereka. Saya tidak berniat untuk melakukannya. Walaupun saya bukan manusia sempurna, niat saya tetap baik.

"Saya tidak bermain bola sepak kerana wang. Saya bermain kerana inilah profesion saya.

"Saya cintakan bola sepak."

About Author

Staff Writer

Comment