Vieira dilabel calon tepat warisi jawatan Wenger

By Chris Myson 24 March 2017
 Vieira dilabel calon tepat warisi jawatan Wenger
Arsenal mungkin beralih kepada Patrick Vieira untuk menggantikan Arsene Wenger sebagai pengurus tetapi hanya selepas pengurus Gunners itu kekal semusim lagi, menurut Paul Merson.

Wenger berada di bawah tekanan tinggi dengan kontraknya akan tamat pada akhir musim ini dan masih belum membuat keputusan sama ada untuk kekal di Stadium Emirates.

Merson percaya Wenger akan memilih untuk menandatangani kontrak lanjutan selama setahun lagi, dengan bekas kapten The Gunners, Vieira, akan menggantikannya pada 2018.

"Naluri memberitahu saya, dia akan menandatangani kontrak dan dia sedang menunggu satu kemenangan besar sebelum menandatanganinya selama setahun lagi," kata Merson kepada Sky Sports.

"Saya tidak akan terkejut jika dia kekal setahun lagi dan kemudian Patrick Vieira akan datang mengambil alih."

Vieira, 40, menyertai New York City FC sebagai pengurus buat julung kalinya tetapi bekas perancang The Gunners itu yakin peminat akan menyokong pelantikannya berikutan status ikonik dan corak kerasnya.

"Ya (Vieira pengurus masa depan)," kata Merson. 

"Dia sedang mengasah bakatnya di New York City, dia pernah berada di Man City dan dia membawa mentaliti menang, dia tidak akan berbuat sebarangan. 

"Arsenal kelihatan terlalu bagus untuknya pada masa ini. Saya berasa ia boleh berlaku dan peminat akan menyukainya."

Tambah Merson: "Pemain-pemain (Arsenal) kelihatan tidak bekerja begitu keras untuk pengurus pada masa ini, ini menyedihkan.

"Sesiapa yang tiba ketika ini perlu melakukannya lebih baik lagi -- Ini sebuah kelab besar, saya tidak melihat sebarang masalah.

"Vieira adalah legenda yang memberikan anda sedikit kelegaan. Dia akan menerapkan permainan seperti mana dia beraksi, itulah yang mereka perlukan buat masa ini."

Arsenal tewas enam daripada sembilan perlawanan terakhir menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City selepas tempoh rehat antarabangsa pada 2 April ini. 

About Author

Chris Myson

Comment