Naib Presiden Monaco, Vadim Vasilyez, mendedahkan Benjamin Mendy gembira menolak tawaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, dan memilih untuk menyertai Manchester City.

Selepas menjual Bernardo Silva (City) dan Tiemoue Bakayoko (Chelsea), Monaco berazam untuk tidak melepaskan mana-mana pemain mereka bagi menghadapi musim baru.

Bagaimanapun, Mendy telah dijual manakala Kylian Mbappe berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada tahun hadapan -- Vasilyev mendedahkan keinginan pemain itu untuk bermain di bawah kendalian Pep Guardiola menjadi keutamaan dan kelab merelakan penghijrahan tersebut.

"Kami telah menjual Bernardo Silva dan Bakayoko. Kami mengetahui bahawa Mendy akan menerima tawaran daripada kelab-kelab utama Eropah," kata Vasilyev.

"Kami cuba mengelakkannya tetapi dengan tawaran yang telah diberikan, kami berharap Mendy terus mempamerkan aksi cemerlang.

"Ia merupakan satu keputusan yang rumit. Pada mulanya, saya berkata kepadanya supaya kekal bersama pasukan. Dia menjawab, 'Tetapi Vadim, saya benar-benar mahu bermain dengan City bersama Guardiola. Jika terdapat tawaran dari Chelsea, saya rela kekal bersama Monaco'."

Mendy telah mempamerkan persembahan yang cemerlang bersama City, dengan membantu pasukan itu meraih kemenangan 5-0 ke atas Liverpool kelmarin.