Jamie Carragher percaya pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, mampu mencapai status legenda di Anfield.

Van Dijk mempamerkan aksi ampuh ketika meraih kemenangan kedua buat Liverpool daripada dua perlawanan dengan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace kelmarin.

Liverpool membelanjakan sekitar GBP75 juta (RM395 juta) untuk mendapatkan Van Dijk daripada Southampton pada Januari lalu dan pemain kebangsaan Belanda telah mengukuhkan benteng terakhir The Reds hingga membawa pasukan ke aksi final Liga Juara-Juara (UCL).

Bekas pemain Liverpool, Carragher, memuji Van Dijk dan menegaskan nama pemain berusia 27 tahun itu mampu terpahat dalam sejarah pasukan.

"Saya menyedari Van Dijk pemain yang bagus, dia terus mempamerkan aksi-aksi yang berkualiti," kata Carragher,

"Sebelum ini, ramai yang menyatakan Liverpool tidak mampu memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana pertahanan yang kurang cemerlang tetapi dengan kehadiran Van Dijk, mereka mampu melakukannya -- kerana dia adalah seorang yang terbaik di England.

"Buat masa ini, permainannya mengatasi kapten Manchester City, Vincent Kompany. Mereka mempunyai kualiti yang sama dan Kompany merupakan pemain yang sangat ampuh buat City.

"Saya berasakan Van Dijk berpotensi untuk berdiri seiring dengan Alan Hansen jika kita berbincang mengenai barisan terbaik Liverpool.

"Jika Liverpool memenangi kejohanan utama di bawah kendalian Jurgen] Klopp, Van Dijk merupakan antara pemain yang paling berpengaruh.

"Dia merupakan seorang pertahanan yang memiliki kepantasan, kekuatan serta mahir mengawal bola."