Van Dijk ke Manchester City?

By Staff Writer 25 December 2016
Van Dijk ke Manchester City?

Pertahanan Southampton, Virgil van Dijk, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City baru-baru ini, namun aksi terbarunya bersama rakan sepasukan lain dilihat menguatkan khabar angin tersebut.

Meskipun pengendali, Claude Puel, menafikan dakwaan tersebut, namun Van Dijk telah menyatakan hasratnya untuk beraksi di peringkat tertinggi dan telah menarik minat Paris Saint-Germain (PSG), Liverpool dan skuad kendalian Pep Guardiola.

Walaupun gambar dimuat naik Jose Fonte itu memperlihatkan Van Dijk seperti cuba untuk menyampaikan mesej, namun ia hanyalah gurauan oleh rakan sepasukannya yang memberikan jersi tersebut sebagai 'hadiah misteri' sempena Krismas.

About Author

Staff Writer

Comment