United tidak pernah hubungi kami -- Perez

By Staff Writer 28 June 2017
United tidak pernah hubungi kami -- Perez
Real Madrid dan Manchester United masih belum duduk semeja bagi membincangkan perpindahan  penyerang, Alvaro Morata.

Pemain berusia 24 tahun itu dipercayai bakal berhijrah ke Old Trafford bagi memburu slot kesebelasan utama.

Bagaimanapun, Perez menafikan kedua-dua pasukan telah pun membincangkan mengenai kontrak pemain itu seperti mana yang telah digembar-gemburkan.

"Kami bukan dalam perbincangan bersama United.

"Saya sudah bercakap mengenai perkara ini untuk beberapa kali."

Morata meledak 20 gol merentasi semua kejohanan dalam musim pertamanya bersama Madrid, namun dia sekadar membuat 14 penampilan dalam kesebelasan utama.


 

About Author

Staff Writer

Comment