United sudah hilang tradisi -- Moyes

By Dejan Kalinic 24 December 2016 67
United sudah hilang tradisi -- Moyes

David Moyes percaya Manchester United telah mengabaikan tradisi mereka di samping mendedahkan beliau hampir menandatangani Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Toni Kroos di Old Trafford.

Moyes telah diberikan tugas untuk mengendalikan United bagi menggantikan tempat Sir Alex Ferguson, namun hanya bertahan selama 10 bulan sebelum dipecat pada April 2014.

Tetapi pengendali kelahiran Scotland itu berasakan nasibnya akan berubah jika dapat menandatangani Kroos sebelum pemain tengah itu berhijrah ke Real Madrid.

"Toni Kroos telah bersetuju untuk menyertai United pada musim panas itu," jelas Moyes.

"Saya sendiri yang bersetuju dengan perbincangan tersebut bersama Toni dan ejennya."

Moyes berkata beliau mahu mendapatkan Bale, dengan mendedahkan United telah menawarkan perbelanjaan lebih daripada GBP85.1 juta untuk mendapatkan bintang kelahiran Wales itu.

"Bale merupakan antara sasaran utama saya," ujar pengurus Sunderland itu.

"Saya berasakan Gareth Bale mampu bermain untuk United. Kami telah menawarkan lebih lagi daripada Real Madrid.

"Tetapi dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Sepanyol, saya benar-benar mahu mendapatkan khidmatnya di Old Trafford ketika itu.

"Saya masih ingat ketika saya bertemu dengan Ferguson dan beliau memberitahu masih ada peluang untuk melihat Ronaldo kembali ke United, tetapi kami gagal untuk mendapatkan khidmatnya semula."

About Author

Dejan Kalinic

Comment