United, Arsenal buru Kylian Mbappe

By Staff Writer 17 March 2017
United, Arsenal buru Kylian Mbappe

Manchester United dan Arsenal telah menghantar peninjau bakat masing-masing bagi melihat aksi penyerang muda sensasi AS Monaco, Kylian Mbappe, beraksi dalam sainagn Liga Juara-Juara, kelmarin.

United telah menghantar Marcel Bout manakala The Gunners meletakkan kepercayaan terhadap Gilles Grimandi untuk menilai aksi pemain berusia 18 tahun itu.

Mbappe -- yang meledak gol pembukaan dalam keputusan 3-3 berdepan Manchester City -- mencuri tumpuan musim ini apabila telah pun menyumbang 17 gol dalam semua kejohanan.

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger, turut melihat pemain itu seakan-akan jelmaan Thierry Henry ekoran memiliki skil dan kepantasan yang mengagumkan.

Pengurus The Red Devils, Jose Mourinho, berkenan untuk membawa pemain itu ke Old Trafford bagi menyuntik darah muda dalam jentera serangannya yang dibarisi Wayne Rooney (31 tahun) dan Zlatan Ibrahimovic (35 tahun).

Pemain itu turut mendapat perhatian pengendali Perancis, Didier Deschamps, yang telah menyenaraikannya dalam aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Luxembourg dan aksi persahabatan menentang Sepanyol.

Rakan sepasukan Mbappe, bek kiri, Benjamin Mendy, yang turut tersenarai dengan pemain itu juga dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates.

Bagaimanapun, United dan Arsenal berdepan cabaran untuk mendapatkan khidmat Mbappe ekoran pemain itu turut berada dalam perhatian dua gergasi Eropah, Real Madrid dan Barcelona.

 

About Author

Staff Writer

Comment