Craig Shakespeare memberikan amaran kepada Leicester City supaya tidak membenarkan kejayaan dalam Liga Juara-Juara (UCL) mengaburi persiapan mereka bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)

Penyandang juara EPL itu merupakan satu-satunya kelab inggeris dalam saingan UCL selepas meraih kemenangan 2-0 untuk menyingkirkan Sevilla 3-2 secara agregat.

Di kala Leicester melakar kebangkitan, mereka menyaksikan Arsenal dan Manchester City tewas di tangan Bayern Munich dan Monaco.

Leicester bakal mengetahui saingan dalam suku akhir dalam undian pada malam ini tetapi Shakespeare menegaskan mereka memberikan tumpuan untuk memastikan mereka tidak tersingkir daripada EPL.

"Saya tidak melarang pemain-pemain untuk berbincang mengenai UCL tetapi mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan berdepan West Ham," kata Shakespeare.

"Kami perlu mempamerkan permainan terbaik kami untuk memenangi setiap perlawanan.

"Cabaran menanti kami dalam saingan EPL dan setiap pemain menyedarinya.

"Keutamaan kami adalah memenangi perlawanan ketika bertemu West Ham."