Trio Liverpool bertaraf dunia - Henderson

By Dejan Kalinic 8 November 2016 84
Trio Liverpool bertaraf dunia - Henderson

Kapten pasukan, Jordan Henderson, berkata jentera serangan Liverpool yang dibarisi oleh Philippe Coutinho, Roberto Firmino dan Sadio Mane adalah bertaraf dunia.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kini berada di persada liga hasil usaha The Reds yang telah meledak 30 gol dalam 11 perlawanan.

Henderson melihat kejayaan pasukannya setakat ini merupakan hasil usaha jentera serangan mereka yang amat berkesan.

"Mereka adalah bertaraf dunia," kata Henderson. "Mereka memahami perlawanan bukan sahaja ketika menyerang tetapi untuk memberikan tekanan kepada pasukan lawan untuk mendapatkan bola semula. 

"Ketiga-tiga pemain ini amat menakjubkan dan berbisa di depan gol.

"Saya gembira kerana dapat beraksi bersama mereka. Saya cuba untuk menggerakkan pasukan dan mereka berjaya mengelirukan barisan pertahanan pasukan lawan."

Henderson turut memberikan pujian kepada Mane yang menyertai Liverpool dari Southampton pada Julai dan telah meledak enam gol dan dua bantuan jaringan dalam aksi liga.

"Dia adalah pemain yang berbakat di Southampton. Kita dapat melihat prestasi cemerlangnya berdasarkan usaha yang dilakukannya dan jaringan yang dihasilkannya."

 

About Author

Dejan Kalinic

Comment