Toure: Bailly mampu jadi pertahanan terbaik dunia

By Stefan Coerts 9 October 2016 203
Toure: Bailly mampu jadi pertahanan terbaik dunia

Bekas pemain kebangsaan Ivory Coast, Kolo Toure, percaya rakan senegaranya, Eric Bailly, mampu menjadi salah seorang pertahanan terbaik dunia bersama Manchester United.

Pemain berusia 22 tahun itu telah mempamerkan permainan yang mantap sejak tiba di Old Trafford dari Villareal dan Toure yakin dia akan menjadi pemain yang lebih baik di bawah kendalian Jose Mourinho.

"Dia mampu menjadi pemain yang berperanan besar bersama United. Dia mampu menjadi masa depan buat United," jelas Toure.

"Apa yang dilakukan ketika ini amat menakjubkan dan saya berpendapat masa depannya sungguh cerah.

"Dia akan mempertingkatkan mutu permainannya jika dia belajar daripada Mourinho untuk menjadi salah seorang pertahanan terbaik di dunia. 

"Bailly adalah seorang pemain yang tinggi, memiliki teknik yang bagus, kebolehan membaca permainan dan tenang di atas padang. 

"Dia mampu berdiri bersama pertahanan terbaik di United. Dia masih muda dan banyak lagi boleh dipelajari bersama pengendali terbaik di dunia."

About Author

Stefan Coerts

Comment