Presiden Torino, Urbano Cairo, berkata kelab itu tidak mampu untuk menandatangani penjaga gol England, Joe Hart, sebagai pemain tetap.

Hart dipinjamkan sepanjang musim bersama Torino dari Manchester City selepas kehilangan tempat di Stadium Etihad berikutan ketibaan Pep Guardiola yang mendapatkan khidmat Claudio Bravo dari Barcelona.

Kelab Serie A itu gembira dengan kehadiran Hart di dalam pasukan tetapi mereka tidak mampu untuk membayar gaji Hart jika mendapatkan khidmat pemain itu secara tetap.

Liverpool merupakan antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mahu mendapatkan khidmat Hart di penghujung musim nanti.

"Kami sangat gembira dengan kehadiran Hart bersama pasukan tetapi kami tidak mampu untuk membayar gajinya sebagai pemain tetap," kata Cairo.

Torino kini menduduki tangga kelapan dalam Serie A selepas 18 perlawanan, dengan Hart beraksi dalam 16 perlawanan dan pasukannya sedang berusaha untuk mendapatkan slot beraksi dalam Liga Europa musim hadapan.

"Kami berharap untuk beraksi di Eropah dan ia merupakan misi kami sejak permulaan musim 2016-17."