Tolong jangan ejek Kante -- Ranieri

By Tom Webber 12 January 2017 81
 Tolong jangan ejek Kante -- Ranieri
Claudio Ranieri berharap peminat Leicester City akan mengalu-alukan kehadiran N'Golo Kante di Stadium King Power susulan perpindahannya ke Chelsea. 

Kante merupakan tunjang kepada kejayaan Leicester mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu sebaik tiba dari Caen sehingga dia terpilih untuk memperkuatkan skuad Perancis buat julung kalinya. 

Pemain berusia 25 tahun itu bersetuju untuk berhijrah ke Chelsea pada awal musim 2016-17 tetapi tidak diturunkan oleh Antonio Conte ketika The Blues mempamerkan kebangkitan dramatik 4-2 dalam kempen Piala Liga Inggeris (EFL), September lalu. 

Sama ada Kante akan beraksi pada Sabtu ini, Ranieri berharap penyokong tidak memberikannya sambutan negatif. 

"Saya harap peminat mengalu-alukan Kante kerana dia merupakan wira buat kita. Adalah penting untuk mengenang apa yang telah disumbangkannya," katanya.

"Chelsea tidak bermula dengan baik. Namun, sebaik sahaja Conte memahami pasukannya, mereka mengharungi separuh musim dengan baik. 

"Kami amat menghormati mereka tapi kami bersedia untuk memberi tentangan dan bersedia untuk cuba meraih kemenangan."

Andy King dan Jamie Vardy akan kembali selepas terlepas aksi dalam kemenangan 2-1 dalam saingan Piala FA ke atas Everton minggu lalu akibat masalah kesihatan, namun khidmat duo Algeria, Riyad Mahrez dan Islam Slimani, terpaksa dilupakan kerana komitmen antarabangsa.

Ranieri terus berharap agar Ahmed Musa -– penjaring kedua-dua gol ketika menundukkan Everton -- dan muka baru, Wilfred Ndidi, terus mempamerkan peningkatan. 

"Andy King dalam keadaan baik. Jamie Vardy sudah berlatih minggu ini dan kami perlu menentukan kedudukan Leo Ulloa sedikit masa lagi," kata Ranieri. 

"Saya berasakan Ndidi mungkin diturunkan. Saya mahukan pertemuan seperti ini (ketika menentang Everton) dan dia akan semakin berkembang jika kerap diturunkan.

"Kami menang dalam perlawanan pertama tanpa Mahrez dan Slimani dan kami perlu membuktikan sikap dan kekuatan seperti itu ketika berdepan Chelsea.

"Ia peluang besar untuk Musa. Bulan lalu, dia mulai berubah. Dia salah seorang pemain yang sudah mula menyesuaikan diri dalam EPL."

About Author

Tom Webber

Comment