Tidak mustahil Sanchez sertai Chelsea musim hadapan

By Staff Writer 4 April 2017 13331
Tidak mustahil Sanchez sertai Chelsea musim hadapan
Penganalisis bola sepak, Paul Merson, menyatakan Arsenal berkemungkinan menjulang Alexis Sanchez ke Chelsea jika menerima tawaran sebanyak GBP50 juta.

Sanchez bakal kehabisan kontrak pada 2018 dan perbincangan untuk pembaharuan kontrak telah tergendala sehingga penghujung musim ini.

Jika pemain kebangsaan Chile itu gagal dipujuk untuk kekal di Stadium Emirates, Merson berpendapat Arsene Wenger tidak akan teragak-agak untuk menjualnya kepada pasukan seteru, Chelsea.

Dia berasakan penjualan Robin van Persie pada 2012 ke Manchester United ketika dia memiliki kontrak setahun lagi  bakal berulang pada penghujung musim ini.

Merson percayaan ketibaan Sanchez di Stamford Bridge bakal menjadi pengganti Eden Hazard yang dilihat akan menyertai Real Madrid, musim panas nanti.

"Saya berpendapat Sanchez akan berhijrah musim panas ini," kata Merson.

"Saya tidak berasakan Arsenal mampu mengakhiri saingan dalam kelompok empat terbaik dan Sanchez perlu mencari pasukan yang bersaing di Eropah.

"Saya mengetahui cara Arsenal dan mereka tidak akan melepaskannya jika tidak menerima sekurang-sekurangnya GBP50 juta.

"Sebelum ini, orang berkata 'Arsenal tidak akan menjual Sanchez ke Chelsea', tetapi mereka menjual Robin van Persie ke Manchester United. Kebarangkalian Sanchez ke Chelsea tidak mustahil."

About Author

Staff Writer

Comment