Pengurus West Brom, Tony Pulis, percaya ketiadaan Liverpool dalam kejohanan di Eropah menyaksikan perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin sengit.

Skuad kendalian Jurgen Klopp telah melalui permulaan musim yang baik dan hanya dibezakan dengan dua mata dengan pendahulu liga.

Bagaimanapun, tiga pasukan lain yang berada di kedudukan empat teratas liga, semuanya beraksi dalam Liga Juara-Juara, menyaksikan Pulis -- yang bakal menerima kunjungan West Brom malam ini -- membuat kesimpulan bahawa Liverpool mempunyai kelebihan daripada pasukan lain.

"Klopp tampak tenang," kata Pulis dalam sidang akhbar pra-perlawanan. "Dia bersemangant, ia sangat bagus. Anda perlukan semangat itu. Itu merupakan sesuatu yang penting bagi pasukan mereka.

"Mereka mempunyai peluang yang besar untuk menjuarai liga. Mereka tidak terlibat dalam kejohanan di Eropah.

"Kali terakhir mereka tidak beraksi di Eropah dan mempunyai skuad yang mantap seperti ini, mereka sangat hampir untuk menjuarai liga ketika di bawah kendalian Brendan [Rodgers]."

Liverpool juga mendapat suntikan semangat dengan menandatangani pemain pada hujung musim lalu, iaitu Sadio Mane dan Georginio Wijnaldum, dan Pulis menyedari ancaman daripada dua pemain tersebut.

"Mereka mempunyai pemain yang hebat," katanya. "Lima pemain penyerang mereka adalah luar biasa. Mereka mempunyai keupayaan yang mampu mengancam benteng pertahanan kami."