Philippe Coutinho menegaskan kepada rakan sepasukannya supaya tidak terlalu leka dengan prestasi cemerlang mereka menjelang pertemuan berdepan Watford.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mampu menduduki takhta Liga Perdana jika berjaya memenangi perlawanan itu.

Coutinho mengakui pasukannya memiliki keyakinan yang tinggi, namun pemain kebangsaan Brazil itu menasihatkan rakan-rakan sepasukannya supaya mengekalkan fokus sepanjang perlawanan dan terus memperbaiki gaya permainan mereka.

"Kami mahu terus mengekalkan keyakinan ini, kami mahu melakukannya dalam satu demi satu perlawanan," kata Coutinho kepada laman web rasmi Liverpool.

"Kami masih berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti permainan kami dalam setiap sesi latihan dan perlawanan.

"Jika kami memiliki sasaran yang jelas, kami perlu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

"Sasaran kami adalah untuk meraih tiga mata penuh dan kami perlu meneruskan momentum ini jika mahu memenangi liga musim ini."