Henrikh Mkhitaryan mungkin tidak dapat diturunkan dalam aksi timbal balik Liga Europa menentang Atletico Madrid pada Jumaat ini, kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Mkhitaryan menjaringkan gol penyamaan dalam kekalahan 2-1 kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford awal pagi tadi untuk pemain antarabangsa Armenia itu menjadi pemain pertama mencetak gol ke atas kedua-dua pasukan pada musim yang sama.

Begitupun, Mkhitaryan terpaksa dikeluarkan akibat masalah lutut pada babak kedua sambil Wenger mengesahkan penjaga gol, David Ospina, dan pemain tengah, Alex Iwobi, turut dilanda kecederaan.

"Mkhitaryan mempunyai sedikit kecederaan ringan di lututnya," kata Wenger dalam sidang media selepas perlawanan.

"Ospina mempunyai masalah tulang rusuk. Iwobi mempunyai masalah hamstring."

Ditanya jika trio itu hampir pasti terpaksa melupakan pertemuan dengan Atleti, dia berkata: "Pada masa ini, tidak. Kami akan terus memantau mereka."

Wenger masih belum mengesahkan perancangannya, dengan pengurus Perancis itu mengumumkan dia akan meninggalkan Arsenal pada akhir kempen ini bagi mengakhiri tanggungjawabnya selama 22 tahun di kelab itu.