The Blues telah mengecewakan Conte -- Ivanovic

By Stefan Coerts 26 September 2016 49
The Blues telah mengecewakan Conte -- Ivanovic

Branislav Ivanovic berkata prestasi Chelsea dalam separuh masa pertama ketika tewas 3-0 kepada Arsenal telah mengecewakan pengendali pasukan, Antonio Conte.

Pasukan pelawat mendahului perlawanan dengan dua gol seawal minit ke-14 hasil jaringan Alexis Sanchez dan Theo Walcott sebelum Mesut Ozil melengkapkan kemenangan Arsenal.

Ivanovic mendedahkan pasukan tidak mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Conte.

"Kami tidak percaya dengan strategi yang telah diberikan oleh Conte pada awal permainan dan ia telah menghukum kami," jelas Ivanovic.

"Sebagai pasukan, kami tidak mengikut arahan yang diberikan oleh Conte. Kami perlu memberikan perhatian lebih terperinci. Kami perlu lebih fokus dan memberikan tumpuan sepanjang perlawanan.

"Saya tahu keputusan ini mengecewakan buat kami. Kami berharap untuk kekal bersatu, bekerja keras dan percaya dengan apa yang kami lakukan. Saya pasti kami akan kembali mencari rentak kemenangan."

Keputusan itu menyaksikan Chelsea gagal mencipta sebarang kemenangan dalam lapan pertemuan.

 

About Author

Stefan Coerts

Comment