Tewas kepada Arsenal bukti kami mampu julang takhta EPL musim 2015-16 -- Ranieri

By Chris Myson 25 December 2016
Tewas kepada Arsenal bukti kami mampu julang takhta EPL musim 2015-16 -- Ranieri

Leicester City hanya tewas tiga kali dalam perjalanan mereka memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Tetapi salah satu kekalahan mereka -- tewas pada minit-minit terakhir perlawanan kepada Arsenal pada Februari -- telah membuat pengurus Leicester, Claudio Ranieri, percaya bahawa kejayaan mengejut memenangi liga adalah sesuatu perkara yang tidak mustahil.

Ranieri mendedahkan beliau berasakan The Foxes mampu menjulang takhta liga selepas tewas 2-1 di Stadium Emirates.

Jaringan kemenangan oleh Danny Welbeck yang dibawa masuk lima minit sebelum perlawanan tamat dan Leicester beraksi dengan 10 pemain selepas Danny Simpson dibuang padang tetapi keputusan ini telah memberikan keyakinan kepada Ranieri.

"Kami telah berdepan Manchester City, Arsenal dan Liverpool," ujar Ranieri kepada Sky Sports.

"Seluruh dunia menantikan saat kami tewas. Tetapi kami berjaya menewaskan City. Seterusnya kami menewaskan Liverpool dan tewas kepada Arsenal.

"Tetapi kami hanya beraksi dengan 10 pemain dan mereka memerlukan 95 minit untuk menumbangkan kami.

"Ia merupakan satu kejayaan terbaik dalam hidup saya, kami berharap untuk mengulanginya di masa akan datang."

 

About Author

Chris Myson

Comment