Pep Guardiola optimis Manchester City akan menjadi lebih baik apabila mereka tewas buat pertama kali pada musim 2016-17.

City kini telah melakar 10 kemenangan dalam 10 perlawanan dalam semua pertandingan ketika menewaskan Swansea 3-1 di Stadium Liberty.

The Citizens kini menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris, dengan kelebihan empat mata selepas enam perlawanan, dan yakin pemain-pemainnya mampu memberikan yang lebih baik pada masa akan datang.

"Setiap orang akan menerima hakikat bahawa kami tidak akan memenangi setiap perlawanan, kami akan tewas kerana kekalahan akan membuat kami menjadi lebih bagus," katanya.

"Pada Mei nanti, saya mahu hanya satu perlawanan untuk menamatkan musim tetapi kami masih pada September.

"Kami telah bermain enam perlawanan pada September, kami telah memperoleh 18 mata dan setiap perlawanan merupakan perlawanan yang sukar," tambahnya.

City akan bertemu Celtic dalam aksi kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.