Terry tidak akan ke mana-mana -- Conte

By Alex Fisher 14 January 2017
Terry tidak akan ke mana-mana -- Conte

Antonio Conte berkata beliau tidak memiliki sebarang hasrat untuk melepaskan John Terry pada jendela perpindahan ini walaupun dia berkemungkinan dipinjamkan ke kelab lain.

Terry terpaksa menyaksikan perlawanan Chelsea dari bangku simpanan pada musim 2016-17 kerana David Luiz, Gary Cahill dan Cesar Azpilicueta mengisi slot tiga pertahanan di dalam skuad kendalian Conte.

Pemain berusia 36 tahun itu hanya melakukan lima penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan telah dibuang padang ketika menang 4-1 ke atas Peterborough, minggu lalu.

Bournemouth telah dikaitkan berminat mendapatkan khidmat Terry secara pinjaman tetapi Conte mahu memastikan kapten pasukan itu kekal bersama pasukan sehingga penghujung kempen.

"John adalah pemain yang penting di dalam skuad ini," kata Conte.

"Saya berharap dia akan kekal bersama pasukan, John merupakan ketua kepada pemain-pemain saya."

About Author

Alex Fisher

Comment