Tekanan mula dirasai The Blues

By Staff Writer 4 April 2017
Tekanan mula dirasai The Blues
Antonio Conte mengakui Chelsea sudah mula tertekan ketika mereka memasuki fasa terakhir musim 2016-17.

Chelsea mendahului takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dilihat bakal merampas gelaran daripada Leicester City, mendahului saingan dengan kelebihan tujuh mata ke atas penghuni tangga kedua, Tottenham Hotspur.

Tetapi selepas mereka tewas mengejut kepada Crystal Palace dan kelebihan 10 mata mereka telah berkurangan kepada hanya tujuh, Conte memberikan amaran bahawa saingan liga masih belum berakhir.

"Chelsea kini menghadapi satu tekanan yang besar dan ia merupakan satu perkara yang biasa kerana ia menjadikan kami sebuah pasukan yang lebih kuat," kata Conte.

"Saingan liga ini masih belum berakhir. Masih terdapat sembilan perlawanan dan kami perlu memberikan tumpuan kepada satu perlawanan demi satu perlawanan jika mahu memenangi kejuaraan musim ini."

Chelsea dilihat akan kembali menemui rentak kemenangan ketika bertemu Manchester City pada Rabu tetapi Conte menjangkakan satu lagi cabaran sukar menanti The Blues.

"Saya menyedari pada awal musim, Manchester City dilihat mampu memenangi liga dan mereka memiliki skuad yang kuat. Kami akan cuba yang terbaik dalam perlawanan ini."

About Author

Staff Writer

Comment