Pertahanan Burnley, James Tarkowski, meninggalkan kem latihan England bagi menjalani pembedahan, demikian kelab itu mengesahkan.

Pemain berusia 25 tahun berkenaan berlatih dengan pasukan kebangsaan sejak minggu lalu setelah namanya tersenarai dalam skuad simpanan Piala Dunia Russia di bawah bimbingan Gareth Southgate.

Bagaimanapun, harapannya untuk menyertai rakan sepasukan, Nick Pope, ke Russia lebur sungguhpun Burnley menjangkakan dia akan bersedia untuk permulaan latihan pra-musim.

"James Tarkowski telah dikeluarkan daripada kem persiapan Piala Dunia di St. George's Park untuk menjalani pembedahan hernia," menurut satu kenyataan kelab itu.

"Tarkowski dijangka bersedia untuk kembali bersama Clarets dalam latihan pra-musim pada awal Julai."

Tambah Burnley, England tidak merancang untuk memanggil pertahanan lain untuk baki kem latihan.

Pasukan Southgate akan memulakan sesi memanas badan mereka sempena Piala Dunia dengan perlawanan persahabatan menentang Nigeria, Sabtu depan.