Tangan saya hampir patah tepis rembatan Zlatan

By Iain Strachan 30 October 2016 97
Tangan saya hampir patah tepis rembatan Zlatan

Tom Heaton berkata tangannya hampir patah ketika menidakkan percubaan rembatan deras Zlatan Ibrahimovic dalam aksi yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Old Trafford. 

Bekas pemain United, Heaton, tidak pernah membuat penampilan senior ketika bersama United sejak 2002 sehingga 2010.

Tetapi Heaton membuktikan kualiti yang dimilikinya, menidakkan percubaan bertali arus United, sebelum United menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas Ander Herrera dilayangkan kad kuning kedua.

Satu demi satu percubaan United berjaya diselamatkan oleh Heaton sehingga Ibrahimovic berada di kawasan yang terbuka untuk melepaskan rembatan.

Berjaya menidakkan usaha pemain bekas skuad kebangsaan Sweden itu, Heaton perlu mendapatkan rawatan pegawai perubatan.

"Saya bernasib baik kerana dapat menyelamatkan percubaan itu tetapi ia hampir mematahkan tangan saya!" kata Heaton.

"Kami hadir ke perlawanan ini dengan perancangan yang rapi, kami berusaha untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan.

"Kami berpuas hati dengan satu mata yang diperoleh di Old Trafford."

About Author

Iain Strachan

Comment