Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, percaya sebarang niat menandatangani bintang Barcelona, ​​Neymar, adalah satu perkara "mustahil".

Pemain antarabangsa Brazil itu kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, dengan laporan mendakwa gergasi Liga Perdana Inggeris itu merancang untuk membuat satu bidaan besar pada luar musim.

Mourinho menolak spekulasi tersebut sambil berkata membawa Neymar ke United adalah terlalu sukar.

"Saya sentiasa cuba untuk menjadi objektif dan pragmatik dengan kelab dan bertanya kepada kelab apa yang boleh diberikan kepada saya," katanya kepada ESPN Brasil.

"Neymar adalah tidak masuk akal. Kelab seperti Barcelona tidak boleh dan tidak akan kehilangan Neymar.

"Walaupun (Lionel) Messi masih lagi pemain muda dengan mempunyai beberapa tahun lagi, dia sudah bermain dengan baik pada usia 30 tahun.

"Neymar akan menjadi pemain hebat Barcelona selepas Messi. Saya rasa ia (menandatangani Neymar) adalah mustahil."

Neymar, 25, menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan untuk Barca pada musim ini, jumlah paling rendah sejak kempen pertamanya di kelab itu pada 2013-14.

Barca, yang menduduki tangga kedua di belakang musuh ketat, Real Madrid, dalam LaLiga, kembali beraksi dengan berkunjung Granada, awal pagi Isnin ini.