Bekas pengendali West Ham, Slaven Bilic, berkata beliau bersedia untuk kembali mengendalikan pasukan itu selepas dikaitkan dengan Swansea City dan Middlesbrough.

Pengendali kelahiran Croatia itu telah dipecat oleh The Hammers pada November lalu dan masih lagi tidak bersama mana-mana kelab setakat ini.

Bilic telah dikaitkan dengan jawatan kosong di Swansea, yang memecat Paul Clement lima hari lalu di samping Middlesbrough turut berminat mendapatkannya.

Bilic mendedahkan beliau mempunyai beberapa tawaran dan mahu membuat keputusan yang tepat mengenai masa depannya.

"Saya memiliki beberapa tawaran dan buat masa ini, saya sedang menilai dengan sebaik mungkin," kata Bilic.

"Buat masa ini, saya berehat untuk seketika, saya telah berada dalam karier ini selama 12 tahun. Buat masa ini, saya menikmati kehidupan saya dengan melakukan perkara-perkara yang membosankan dan meluangkan masa bersama keluarga saya," katanya lagi.