Surat daripada Sir Alex pengubat kekecewaan saya -- Defour

By Staff Writer 29 October 2016
Surat daripada Sir Alex pengubat kekecewaan saya -- Defour

Pemain tengah Burnley, Steven Defour, terhutang budi dengan bekas pengendali Manchester United, Sir Alex Ferguson, yang pernah menghantar surat kepadanya mengharapkan pemain itu cepat sembuh selepas mengalami kecederaan patah kaki.

Berusia 21 tahun dan telah menjadi kapten Standard Liege ketika itu, Defour dijangka akan berhijrah ke kelab besar -- United antara pasukan berminat -- sebelum kecederaan mengekang peluangnya.

Menyertai FC Porto pada tahun 2011 sebelum kembali ke Belgium tiga tahun kemudian, Defour gagal mencapai tahap sebenar sepertimana dihebohkan sebelum itu.

Bercakap menjelang aksi berdepan United pada Sabtu, pemain berusia 28 tahun itu menyorot surat yang diterimanya ketika mengalami kecederaan tersebut.

"Saya sangat kecewa ketika itu kerana gagal beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah, tambahan pula saya sedar banyak pasukan sedang memerhatikan saya. Saya sangat kecewa," katanya kepada The Guardian.

"Satu hari, saya menerima surat daripada Sir Alex yang mahu saya cepat sembuh. Surat itu mengejutkan saya kerana bukan semua pemain akan mendapat surat daripada Sir Alex ketika sedang mengalami kecederaan. 

"Saya membalas surat itu untuk mengucapkan terima kasih tetapi saya belum berpeluang untuk berjumpa dengannya."

About Author

Staff Writer

Comment