Stoke City menyempurnakan pembelian penyerang West Brom, Saido Berahino, dengan yuran perpindahan GBP12 juta (RM66 juta).

West Brom mengeluarkan kenyataan pada Jumaat mengesahkan perpindahan itu.

Berahino telah menjadi sasaran Mark Hughes sejak sekian lama dan akhirnya pengendali Stoke City itu berjaya mendapatkan pemain yang dinantikannya.

Berahino menandatangani kontrak lima setengah tahun di Stadium bet365.

Tweet 2

Ketua Pegawai Eksekutif Stoke, Tony Scholes, dalam kenyataannya menyebut: "Tidak dinafikan kami sememangnya mahukan Saido sejak sekian lama. Untuk itu, kami sangat gembira dengan pembelian ini.

"Kami berjaya mendapatkan seorang penyerang England yang telah pun membuktikan kemampuannya dalam Liga Perdana Inggeris."

Berahino tidak lagi memainkan watak penting di kem The Hawthorns musim ini dan timbul kerisauan pemain itu tidak lagi berada dalam keadaan yang cergas.

Bekas penyerang Bawah 21 England itu tidak beraksi untuk West Brom sejak September lalu dan dua kali telah dihantar ke Perancis bagi menjalani latihan kecergasan.