Sterling: Guardiola mahu saya cipta dan jaringkan gol

By Dejan Kalinic 20 December 2016 112
Sterling: Guardiola mahu saya cipta dan jaringkan gol

Penyerang Manchester City, Raheem Sterling, mendedahkan pengurus pasukan, Pep Guardiola, menggesanya supaya lebih bersifat terus dan klinikal di depan gol.

Sterling menjaringkan gol buat pertama kali sejak September ketika membantu pasukan merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Pemain berusia 22 tahun itu memuji Guardiola kerana membantu mempertingkatkan permainannya.

"Beliau memberitahu saya supaya bersifat terus, menjadi pemain seperti yang dimahukan oleh Guardiola," ujar Sterling.

"Bersifat terus, terlibat dan menghasilkan peluang dan menjaringkan gol, beliau mahu saya melakukannya.

"Saya telah melihat pemain-pemain menjadi lebih mantap. Saya hanya berusia 22 tahun dan saya mahu mempertingkatkan mutu permainan saya."

City, yang gagal mencari kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut, bangkit dengan dua kemenangan berturut-turut untuk menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

Mereka bakal bertemu Monaco dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) dan Sterling yakin dengan peluang mereka untuk memenangi gelaran musim ini.

"Saya sangat teruja mengenai musim ini dan mengetahui apa yang mampu kami raih.

"Kami mahu memenangi gelaran dan cemerlang dalam UCL. Kami harus mengekalkan momentum ini."

About Author

Dejan Kalinic

Comment