Spurs perlukan kemenangan besar -- Pochettino

By Staff Writer 4 December 2016
Spurs perlukan kemenangan besar -- Pochettino

Mauricio Pochettino mengakui Tottenham Hotspur memerlukan kemenangan besar berdepan Swansea City selepas tewas kepada Chelsea minggu lalu.

Spurs mendahului perlawanan sebelum tewas 2-1 di Stamford Bridge, sekaligus menamatkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah, namun mereka kembali bangkit pada Sabtu.

Skuad kendalian Pochettino melakar kemenangan 5-0 ke atas The Swans hasil sumbangan dua gol oleh Harry Kane dan Christian Eriksen sebelum Heung Min Son melengkapkan malam yang malang buat skuad kendalian Bob Bradley.

"Kami layak mendapat keputusan ini," katanya. "Kami mendominasi perlawanan dan bermain dengan baik. Mereka gagal membuat percubaan.

"Saya gembira kerana kami memerlukan kemenangan besar selepas tewas kepada Chelsea.

"Tetapi ini bukan permainan terbaik kami kerana pada saya, perlawanan menentang Manchester City merupakan aksi terbaik kami."

Sementara itu, pengendali Swansea, Bradley, mengakui bahawa tewas 5-0 berdepan Spurs membuktikan pasukannya masih banyak yang perlu diperbaiki.

"Keputusan ini menggusarkan saya," dia memberitahu BBC Radio 5live. "Spurs bermain dengan cukup pantas dengan menggunakan kelebihan fizikal mereka.

"Hari ini membuktikan masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Kami sedar bukan mudah untuk bertandng ke White Hart Lane."

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Bernhardt sahkan Danial Asyraf digugurkan

By 3 Disember 2016. 12.00 PM