INTER MILAN 1 AS ROMA 1

Jurulatih Inter Milan, Luciano Spalletti, mempertahankan pemainnya yang meneruskan rekod tanpa kemenangan selepas meraih keputusan seri 1-1 menentang AS Roma dalam Serie A di San Siro, awal pagi tadi.


Matias Vecino menjaringkan gol untuk membantu Inter mencuri satu mata dan mengharungi enam parlawanan tanpa kemenangan.

Roma menemui gol menerusi Stephan El Shaarawy yang memanfaatkan kesilapan pertahanan, Davide Santon, selepas menerima hantaran jauh daripada penjaga gol, Alisson Becker.

Inter kemudian menyamakan kedudukan hasil tandukan Matias Vecino empat minit sebelum perlawanan memasuki minit ke-90.

Keputusan itu meletakkan Inter di kedudukan keempat dan 11 mata di belakang pendahulu, Napoli, dan Spalletti tampil mempertahankan Santon.

"Santon tidak perlu memohon maaf kepada sesiapa. Dia seorang pemain yang baik, berlatih dengan baik dan kesilapan boleh berlaku, terutama dengan bola hantaran jauh," kata jurulatih itu.

"Isu sebenar di sini ialah kami Inter harus mempunyai keberanian untuk melawan pasukan seperti Roma, Lazio dan Napoli untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik. Kami perlu mengambil tanggubjawab ini. Kami tidak boleh menunggu peluang.

"Samir Handanovic tidak (perlu) menyelamatkan beberapa percubaan seperti dilakukan Alisson, jadi kami bermain dengan baik. Kami melakukan beberapa kesilapan dengan hantaran pantas dan sedar Roma akan bermain agresif," tambahnya.