Solskjaer: Tewas kepada Bournemouth satu langkah ke belakang

By Staff Writer 3 November 2019 3626
Solskjaer: Tewas kepada Bournemouth satu langkah ke belakang
BOURNEMOUTH 1 MANCHESTER UNITED 0

Ole Gunnar Solskjaer berasakan kekalahan 0-1 kepada Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality malam tadi merupakan satu langkah ke belakang buat Manchester United.


United turun beraksi dalam perlawanan itu dengan rekod tiga kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan dalam kesemua kejohanan.

Bagaimanapun, mereka gagal memanjangkan rekod itu apabila bekas pemain Akademi Manchester United, Joshua King, menjaringkan gol tunggal perlawanan menjelang tamat separuh masa pertama.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Solskjaer berkenaan hanya mengumpulkan 13 mata daripada 11 perlawanan Liga Perdana -- rekod terburuk dalam liga divisyen utama sejak musim 1986-87.

"Anda sentiasa hilang semangat apabila tewas dan dengan mengambil kira prestasi kami ketika ini, kami berharap untuk membawa pulang tiga mata," katanya kepada BBC Sport.

"Hari ini merupakan satu langkah ke belakang buat kami tetapi kami perlu melupakannya dan bermula semula.

"Kami tidak dapat memanfaatkan permulaan yang baik dan keajaiban telah memberikan kemenangan buat mereka.

"Adakalanya anda hanya perlu berpeluk tubuh dan mengucapkan tahniah," katanya.

Bournemouth tidak menjaringkan sebarang gol selama 358 minit sebelum King menamatkan penantian itu dengan melepasi kawalan Aaron Wan-Bissaka untuk melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol, David de Gea.

Jaringan itu sudah cukup untuk menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan untuk The Cherries mencipta rekod tanpa dibolosi dalam tiga perlawanan berturut-turut selepas gagal melakukannya sepanjang lapan perlawanan pertama liga.

"Kami sedar kami mampu menjaringkan gol tetapi masalah sebelum ini adalah kami gagal menamatkan perlawanan tanpa dibolosi," kata King kepada BT Sport.

"Apabila anda menjaringkan gol, mereka mula melakukan perkara sama.

"Kini, kami tidak dibolosi dalam tiga perlawanan.

"Kami mahu terus menjaringkan gol pada masa akan datang kerana kami dapat melakukannya hari ini," katanya.

About Author

Staff Writer

Comment