Ryan Giggs berpendapat bekas rakan sepasukannya, Ole Gunnar Solskjaer, harus diberikan tugas tetap selaku pengendali Manchester United.

Jose Mourinho dipecat pada Disember lalu sebelum Solskjaer dilantik sebagai pengurus sementara hingga penghujung musim ini dan berjaya mengembalikan persembahan terbaik pasukan.

United hanya tewas sekali dalam 12 perlawanan di bawah pimpinan Solskjaer -- menang 10 kali -- dan kini menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris sementara membuat persiapan menghadapi Chelsea dalam aksi Piala FA.

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, dipercayai bakal mendapat jawatan tetap itu tetapi bekas penolong jurulatih United, Giggs, mahu Solskjaer meneruskan usahanya di Old Trafford.

"Saya setuju," kata Giggs. "Kami telah lama ketinggalan dan telah banyak bermain.

"Apabila anda mendapat seseorang yang mengenali kelab ini, yang bijak secara taktikal, jelas sekali pemain-pemain dan penyokong turut bersetuju kerana ia memberikan momentum kepada pasukan. Halangan tetap akan hadir tetapi penyokong berasakan Solskjaer adalah pilihan yang tepat.

"Beliau telah melakukan tugas dengan baik. Saya sentiasa berhubung dengan beliau dan kebebasan diberikan sepenuhnya secara taktikal. Beliau berjaya menghadirkan semula senyuman kepada pasukan.

"Perancangan adalah penting daripada pengumuman. Lihat apa yang dilakukan oleh Pep Guardiola. Beliau mendapat pemain-pemain Manchester City setahun sebelum menyertai pasukan.

"Solskjaer mampu mengatasi United yang sering mengejar saingan sejak sebelum ini. Kami perlu mengenal pasti dua atau tiga pemain yang diperlukan jika kami mahu memenangi EPL dan Liga Juara-Juara (UCL)."

Giggs bergandingan dengan Solskjaer di Old Trafford -- mereka sebahagian daripada skuad 1998-99 yang menjuarai 'treble' selepas memenangi EPL, UCL serta Piala FA.

"Beliau memiliki keazaman yang tinggi. Beliau berjaya meraih kejayaan bersama United tetapi dihimpit kecederaan yang serius. Solskjaer mempelajari bola sepak sebelum mengambil alih skuad belia United. Saya percaya dengan kebolehan yang dimiliki Solskjaer untuk meneruskan legasi Sir Alex Ferguson."