Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, kecewa dengan prestasi Moussa Sissoko, dan mencabar pemain tengah itu untuk bersaing mendapat tempat di dalam pasukan.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Tottenham dengan rekod perpindahan bernilai GBP30 juta (RM166 juta) dari Newcastle United pada Ogos.

Tetapi pemain kebangsaan Perancis itu hanya membuat enam penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Selepas tewas kepada Chelsea 2-1 pada Sabtu, Pochettino berkata Sissoko belum lagi membuktikan kebolehannya untuk berada di dalam kesebelasan utama pasukan.

"Bola sepak bukan mengenai wang. Ia mengenai pemain yang cuba untuk mempamerkan kualiti mereka ketika sesi latihan dan bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan," kata Pochettino.

"Ini adalah pendapat saya. Saya perlu mengambil keputusan ini dan mempercayai pemain-pemain saya.

Sissoko tidak berada di dalam skuad ketika berkunjung ke Stamford Bridge, menyaksikan mereka ketinggalan tujuh mata selepas tewas kepada pendahulu liga, Chelsea.