Pep Guardiola mendedahkan keputusannya untuk menamakan enam pemain gantian ketika berdepan Burnley hanya menunggu masa dan bukannya suatu bentuk protes.

Kegagalan pengurus Manchester City itu memenuhi bangku simpanannya dalam aksi seri di Turf Moor Sabtu lalu, mengundang kritikan penganalisis, termasuk Gary Neville.

"Saya fikir ia satu jenaka, saya fikir ia satu jenaka," kata bekas pertahanan Manchester United, Neville, kepada Sky Sports.

City turun tanpa Leroy Sane, Gabriel Jesus, Phil Foden dan John Stones ekoran kecederaan, dengan Guardiola mendedahkan David Silva telah menarik diri pada saat-saat akhir ketika dia menamakan skuad seramai 17 pemain.

"Saya fikir ia adalah kali pertama dalam hidup saya bahawa semua pemain tercedera, percayalah saya," kata Guardiola kepada pemberita.

"David telah berlatih bersama kami dan pada hari itu, pada jam 4 petang, dia menjalani sesi latihan. Itulah sebabnya saya tidak memanggil pemain lain.

"Semasa sesi latihan, dia berkata dia tidak bersedia dan selepas itu saya berkata, 'Pergi ke pasukan kedua', tetapi dalam tempoh satu setengah jam lagi, pasukan kedua akan beraksi.

"Jadi saya fikir saya tidak akan memanggil pemain lain lagi untuk berada di bangku simpanan kerana kebiasaannya, pemain pengganti adalah Brahim (Diaz), mungkin Yaya (Toure) atau yang lain.

"Itulah sebabnya. Biasanya, anda akan mempunyai 18 pemain. Ia adalah kali pertama dalam hidup saya, ia adalah satu pengecualian.

"Sekiranya sesi latihan berlangsung pada jam 10 pagi, maka pada 11 pagi itu sudah pasti kami akan mempunyai18 pemain tetapi ia bukan masalah besar, tidak mengapa."

Guardiola kemudian membidas Neville, yang bertanggungjawab di Valencia selama empat bulan sebelum dipecat oleh kelab LaLiga itu yang kekal menjadi jawatan tunggalnya selaku pengendali.

"Dia perlu tahu, pakar ini, dia perlu tahu tugas saya secara serius," kata Guardiola mengenai komen Neville.

"Saya tidak pernah bersikap main-main, tugas saya begitu serius, dia harus tahu kerana dia seorang pengurus dalam masa yang singkat," katanya.

Ditanya apakah dia akan menimbangkan untuk menamakan skuad yang tidak lengkap, Guardiola menambah: "Saya tidak tahu. Pengurusan bukan buku -- setiap kali anda perlu melakukan perkara yang sama.

"Kadang-kadang saya berbincang dengan pasukan secara langsung, minggu lain dengan cara yang lain. Semua pengurus adalah berbeza dan tidak mengikut buku, perlu mematuhi peraturan.

"Sudah tentu, si pakar (Neville) boleh mengatakan apa sahaja yang dia mahu tetapi saya yang membuat keputusan."

City akan mengalu-alukan Leicester City ke Stadium Etihad minggu ini, namun tiada kelibat Silva akibat kecederaan.